Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir/Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 8 Feb (Malaysiaaktif) ā Bagi memastikan masyarakat di kawasan Seberang Perai Selatan (SPS) terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah penularan wabak COVID-19, satu inisiatif telah dilaksanakan apabila lima agensi kerajaan bekerjasama membentuk Skuad Agen Banteras COVID (Skuad ABC) .
Skuad ABC yang dilancarkan semalam menerusi Program Pemerkasaan Komuniti “Saya Patuh SOP” telah menggabungkan lima agensi kerajaanĀ iaitu Pejabat Daerah dan Tanah SPS , Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penerangan Malaysia ( JaPen).
Ketua Penolong Pegawai Daerah SPS Balkish Othman, berkata Skuad ABC akan menjelajah ke seluruh Daerah SPS bagi memastikan masyarakat setempat terutamanya di tempat tumpuan sentiasa mematuhi SOP dalam mencegah penularan jangkitan wabak COVID-19.
āSeperti kita sedia maklum, gelombang ketiga (COVID-19) yang berlaku ketika ini adalah dari sikap alpa kita sendiri.
āJusteru, Skuad ABC akan memberikan taklimat ringkas seperti pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal di setiap lokasi di tempat tumpuan awam,ā katanya ketika ditemui sempena Majlis Pelancaran Skuad ABC di Program Pemerkasaan Komuniti “Saya Patuh SOPā, di sini baru-baru ini.
Menurutnya lagi, matlamat utama Skuad ABC dalam melaksanakan inisiatif sebegini adalah bagi menyahut seruan kerajaan dalam mengingatkan masyarakat supaya tidak leka dengan pematuhan SOP.
Sementara itu, MalaysiaAktif yang turut sama menyertai tinjauan Skuad ABC di sekitar SPS mendapati bahawa rata-rata masyarakat di kawasan tersebut mengamalkan pematuhan SOP yang ketat.
Edaran pelitup muka dan cecair pembasmi kuman turut diberikan kepada masyarakat setempat.
-ii-