Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Cara ‘Ngaji’ Musim PKP

By 8 Februari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19, kaedah pembelajaran al-Quran dalam talian kini menjadi salah satu alternatif baharu berbanding kaedah mengaji secara bersemuka.

Segelintir masyarakat di daerah ini mengambil peluang memilih salah satu tempat yang menawarkan mengaji dalam talian iaitu Teratak Ngaji Pulau Serai kerana selain mengaji, di sini juga turut diajar mendalami ilmu al-Quran.

Menurut Pengasas Teratak Ngaji Pulau Serai yang juga Penolong Kanan Ulul Albab IMTIAZ Dungun Fatahul Aziz Ab Karim, 38, sebelum pelaksanaan PKP ramai yang datang mengaji seperti suasana zaman dahulu.

 

Teratak Ngaji sunyi ketika PKP.

Teratak Ngaji sunyi ketika PKP.

 

“Hampir 100 orang yang aktif mengaji di sini iaitu 20 yang menyertai klinik secara bulanan dan 60 orang dikenali sebagai kumpulan elit yang terdiri daripada latar belakang yang berlainan.

“Kemajuan teknologi dengan gajet yang pelbagai bentuk serta perisian aplikasi memudahkan interaksi secara interaktif menyebabkan guru-guru agama menggunakan kaedah ini,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Pengasas Teratak Ngaji, Pulau Serai, Dungun, Fatahul Aziz Ab. Karim, 38.

Pengasas Teratak Ngaji, Pulau Serai, Dungun, Fatahul Aziz Ab. Karim, 38.

Syuskeri Annuar Baha Nordin, 38, berkata walaupun pergerakan terbatas, namun aspek agama terutama mengaji al-Quran dapat diteruskan tanpa perlu berjumpa secara bersemuka dengan guru.

“Tiada alasan untuk kita tidak mengaji atau mendapatkan ilmu agama kerana kemajuan teknologi dan canggih menyebabkan pilihan berada di tangan kita.

“Telefon bimbit boleh dikatakan satu keperluan dan boleh dimanfaatkan sebaiknya,” katanya.

Syuskeri Annuar Baha Nordin, 38 meskipun PKP menyebabkan pergerakan terbatas namun tidak menjadi penghalang untuk terus mengaji Al Quran.

Syuskeri Annuar Baha Nordin, 38 meskipun PKP menyebabkan pergerakan terbatas namun tidak menjadi penghalang untuk terus mengaji Al Quran.

Mohd Taufik Mamat, 28, pula berkata pengajaran dalam talian membolehkan proses pembelajaran yang dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya.

Katanya, beliau mula menuntut ilmu di Teratak Ngaji semenjak Disember 2018 dan kesibukan urusan harian tidak menghalang beliau untuk terus mengaji.

Mohd Taufik Mamat, 28 mula menuntut ilmu di Teratak Ngaji semenjak Disember 2018.

Mohd Taufik Mamat, 28 mula menuntut ilmu di Teratak Ngaji semenjak Disember 2018.

Ainur Khatijah Abdullah, 16, pula memaklumkan kepada Malaysiaaktif beliau mula menggunakan kaedah mengaji dalam talian semenjak 2019 dan bilangan yang ditetapkan adalah tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.

“Rasa malu dan segan kalau mengaji berhadapan sebab dah besar tapi bila mengaji atas talian malu tu dah kurang dan cara yang diajar oleh ustazah Raihanah Muhammed dari Kelantan sangat bagus.

Ainur Khatijah Abdullah, 16.

Ainur Khatijah Abdullah, 16.

“Alhamdulillah jika pada hari yang dijadualkan saya ada tugasan lain, ustazah akan gantikan pada hari lain atau sesi mengaji akan dipanjangkan,” kata Ainur.

Katanya, masyarakat perlu mengambil peluang mendalami ilmu agama meskipun dalam keadaan negara sedang menangani pandemik COVID-19.

Tinggalkan komen anda