Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

FAMA Wujudkan Pasukan Petugas Bantu Pekebun Nanas Moris

By 22 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamed Hirsham Azmi (Pontian)

PONTIAN, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) membantu pekebun nanas moris dengan membeli hasil tuaian dan memasarkannya ke seluruh Malaysia bagi mengatasi masalah lambakkan hasil nanas moris yang tidak terjual.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi FAMA Mohamad Mustafa Awang pasukan petugas operasi menyelamat nanas moris ini telah diwujudkan dengan pembukaan 60 pusat jualan di seluruh Semenanjung Malaysia bagi membantu petani-petani yang terjejas akibat pandemik ini.

“Dengan adanya pasukan petugas seperti ini, dapatlah membantu petani-petani memasarkan dan mengedarkan nanas moris di seluruh Semenanjung Malaysia melalui kapasiti rangkaian FAMA.

“Justeru itu, saya menyarankan kepada semua petani yang terjejas untuk terus menghubungi pihak FAMA bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya,” katanya ketika ditemui di sebuah kebun, di sini baru-baru ini.

Nanas yang dibeli oleh FAMA untuk dipasarkan dan dijual di seluruh negara.

Nanas yang dibeli oleh FAMA untuk dipasarkan dan dijual di seluruh negara.

Pegawai FAMA Daerah Pontian Arbain Awang, berkata sehingga ke hari ini, FAMA Pontian telah membelanjakan sebanyak RM38,000 bagi membeli hasil tanaman nanas moris di daerah ini untuk dijual dan dipasarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan inisiatif ini akan diteruskan sehingga ia kembali mendapat sambutan.

Seorang petani nanas moris, Arifin Ali, 46, bersyukur dengan inisiatif yang dilakukan oleh FAMA yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban para petani.

“Dengan permintaan yang semakin berkurangan, harga nanas menjadi tidak stabil dan berlaku lambakkan nanas yang tidak terjual.

“Namun, dengan bantuan daripada FAMA, dapatlah kami menarik nafas lega, apabila semua hasil tuaian kami dapat dijual biarpun pada harga yang lebih rendah,” ujarnya.

Arifin berharap bantuan seumpama ini akan dapat terus diteruskan oleh FAMA dan agensi-agensi kerajaan bagi membantu petani-petani yang terjejas berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

-NI

Tinggalkan komen anda