Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Infaq Kasih Tampil Bantu Golongan Memerlukan

By 11 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhaidah Md Esa (Port Dickson)

PORT DICKSON, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Program Infaq kasih yang dikelola sebuah syarikat swasta di sini dilihat membantu meringankan beban penduduk setempat dengan menyalurkan bantuan barangan dapur kepada golongan yang memerlukan.

Menurut ketua projek tersebut Shamsul Azhar Samsudin, program ini dilaksanakan sebagai tanda rasa keprihatinan kepada masyarakat setempat dalam situasi pandemik COVID-19.

“Sumber sumbangan yang dihulurkan ini merupakan hasil kutipan daripada semua kakitangan syarikat dan kami berjaya mengumpulkan sejumlah RM2 ribu untuk membeli barang keperluan asas untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika dihubungi, di sini baru-baru ini.

Tambah Shamsul, pada hari pertama program terdapat lebih kurang 50 orang yang hadir ke premisnya untuk mendapatkan bekalan barangan dapur seperti beras, minyak, susu, biskut, tepung dan gula.

“Sambutan amat memberangsangkan dan pihak kami juga akan meneruskan program ini selagi ada dana serta sumbangan yang diterima,” katanya.

Menurut Shamsul, hasil daripada hebahan melalui media sosial, Infaq Kasih turut menerima sumbangan daripada orang awam yang sudi menyumbangkan barangan keperluan untuk diedarkan.

-AK

Tinggalkan komen anda