Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

JAIP Pergiat Pemantauan SOP Solat Jemaah di Masjid

By 11 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Hafiz Khairon (Pahang)

KUANTAN, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pergiat pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) Solat Jemaah di masjid terutamanya bagi Solat Jumaat.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAIP Muhamad Yusri Aman, berkata pemantauan ini dilaksanakan hampir setiap hari yang melibatkan pemantauan semasa solat Zohor, Asar dan solat Jumaat.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana membenarkan solat jemaah di masjid dan pemantauan yang lebih ditekankan adalah semasa solat Jumaat kerana melibatkan jemaah yang ramai mengikut kapasiti masjid,” katanya selepas mengadakan pemantauan solat Jumaat di Masjid Bukit Kuin 2, di sini baru-baru ini.

Melalui pemantauan yang dilaksanakan, Muhamad Yusri turut memberitahu bahawa pematuhan SOP solat jemaah di masjid mencapai tahap yang memuaskan.

“Kami dapati 90% yang datang solat di masjid mematuhi SOP yang telah ditetapkan, namun tidak dinafikan masih ada yang terlepas pandang, misalnya tidak dibenarkan membawa sejadah kecil untuk solat.

“Kami harap masjid tidak ditutup bagi membolehkan umat Islam solat jemaah di masjid, namun mereka perlu mematuhi SOP yang ditetapkan agar tiada penularan wabak COVID-19 di masjid dan setakat ini mereka diberikan amaran dan teguran sahaja.

“JAIP juga mengucapkan terima kasih kepada pihak jawatankuasa masjid yang bertugas bagi memastikan jemaah yang datang mematuhi SOP yang ditetapkan. Ada juga yang menggunakan khidmat petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan kami ucapkan tahniah atas inisiatif yang dilaksanakan,” katanya.

-KN

Tinggalkan komen anda