Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jeti Tanjung Lembong Sambut Ketibaan Vaksin COVID-19 ke Langkawi

By 26 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin/Muhammad Husaini Harun (Langkawi)

LANGKAWI, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1,278 dos vaksin keluaran Pfizer-BioNtech telah selamat tiba di Jeti Tanjung Lembong, di sini melalui feri kargo dari Terminal Feri Jeti Kuala Perlis pagi semalam.

Konvoi membawa vaksin ini diketuai Supt Syed Basri Syed Ali bersama enam pegawai dan sembilan anggota bagi memastikan kelancaran penghantaran ke Pusat Penyimpanan Vaksin (PSV) di Klinik Kesihatan Ayer Hangat dan disahkan penerimaannya oleh Pegawai Farmasi Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi Fathiyah Ali.

Pegawai Daerah Langkawi Saiful Anwar Azmi, berkata vaksin tersebut terlebih dahulu diberikan kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan seramai 400 orang bermula Ahad ini.

“Anggota kementerian itu akan menerima vaksin itu di tiga tempat iaitu Hospital Sultanah Maliha, Klinik Kesihatan Kuah dan Klinik Kesihatan Ayer Hangat.

“Anggota barisan hadapan lain seperti anggota polis, Jabatan Kastam dan jabatan-jabatan lain akan menerima vaksin tersebut selepas itu di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini,” katanya ketika mengadakan sidang media, di sini.

-SH

Tinggalkan komen anda