Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Lebih 300,000 Orang Terima Bantuan Bakul Makanan, RM300 Bantuan Secara Sekali Beri

By 20 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jeanne J. Som/Johny George Kimlon (Kota Kinabalu)

PUTATAN, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri menyasarkan lebih 300,000 orang menerima bantuan bakul makanan serta bayaran secara sekali beri sebanyak RM300 buat golongan terjejas Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir. Shahelmey Yahya, setakat ini dianggarkan seramai 200,000 orang yang disasarkan telah menerima bayaran melalui akaun peribadi yang didaftarkan.

“Proses pemberian bantuan secara sekali beri itu dijangka selesai pada hujung Februari ini melalui akaun masing-masing daripada kementerian terbabit,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 di Dewan Sri Putatan, di sini semalam.

Shahelmey, selaku wakil kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, turut menyempurnakan majlis simbolik penyerahan bantuan kepada 20 orang petani dan nelayan yang merupakan penerima bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

-SH

Tinggalkan komen anda