Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Majikan yang Sediakan Tempat Tinggal Pekerja Perlu Patuhi Akta 446

By 25 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian(Labuan)

LABUAN, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Semua majikan di pulau ini yang menyediakan tempat tinggal pekerja perlu mematuhi garis panduan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (AKTA 446).

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Labuan Ag. Ismail Ag. Tangah, berkata mana-mana majikan yang menggaji pekerja dan menyediakan penginapan atau perumahan hendaklah memohon perakuan penginapan perumahan pekerja dari JTK.

“Semua majikan perlu ambil perhatian kepada perkara ini supaya tiada tindakan dikenakan kepada mereka,” katanya semasa mengetuai Operasi Akta 446 di salah sebuah tapak pembinaan, di sini semalam.

Jelasnya, melalui operasi-operasi yang dijalankan sejak awal Februari, hanya terdapat pelanggaran kecil yang dilakukan oleh beberapa majikan yang menyediakan penginapan pekerja di Labuan.

Ag. Ismail semasa ditemu bual pihak media.

Ag. Ismail semasa ditemu bual pihak media.

“Secara keseluruhannya cuma ada pelanggaran minor dan lebih kepada baik pulih dan ada majikan yang ambil tindakan untuk memindahkan pekerja mereka serta hanya segelintir majikan yang sedang dalam proses tindakan dan JTK turut membuat pemantauan mengenai aspek yang lain dalam bidang pekerjaan.

“Contohnya ada pekerja yang tidak mempunyai perjanjian dan tidak diberi penyata gaji yang mana itu merupakan hak-hak seorang pekerja, jika ada pelanggaran undang-undang kita akan ambil tindakan dengan mengambil keterangan majikan dan pekerja serta akan dikemukakan kepada ibu pejabat untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Ag. Ismail turut mengulas mengenai persediaan kemasukan kira-kira 3,000 pekerja yang akan dibawa masuk syarikat minyak dan gas negara yang akan melalui proses penutupan.

“JTK telah terima permohonan penginapan yang mana bila permohonan itu lengkap kita akan buat lawatan sama ada tempat itu sesuai dan mengikut Akta 446,” jelasnya.

-SH

Tinggalkan komen anda