Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Perbankan, O&G, Penerbangan Raih Manfaat Daripada Program Imunisasi

By 18 Februari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Sektor perbankan, minyak dan gas (O&G) serta sektor penerbangan di Bursa Malaysia dijangka memperoleh manfaat daripada sudut pandangan pelabur susulan daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (NIP) yang dilancarkan oleh kerjaaan semalam, kata seorang Ahli Ekonomi.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata pelaksanaan program imunisasi itu akan mengembalikan semula keyakinan perniagaan di Malaysia dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi dengan lebih banyak kelonggaran sekatan perjalanan dijangka akan berlaku.

“Oleh kerana jumlah pergerakan perjalanan mungkin meningkat selepas tempoh vaksinasi dengan syarat vaksin tersebut terbukti berkesan, syarikat penerbangan akan meningkatkan kapasiti penerbangannya seterusnya menyebabkan penggunaan bahan bakar lebih tinggi, ia adalah baik bagi sektor O&G,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Dalam pada masa yang sama, Adam berkata sektor sarung tangan mungkin mengalami kesan buruk kerana para pelabur dapat merasakan bahawa sarung tangan getah tidak lagi diperlukan berbanding dengan pada waktu awal penularan COVID-10 dahulu.

“Pembuat sarung tangan yang sedang berkembang maju mungkin akan terjejas dan mengalami penurunan permintaan kerana sentimen dalam kalangan orang ramai menunjukkan bahawa mereka skeptik terhadap permintaan bagi tempoh selepas program vaksinasi.

“Bagaimanpun, permintaan kekal stabil pada masa depan dalam persekitaran tahap kesedaran yang semakin tiggi mengenai amalan kebersihan di kebanyakan tempat di seluruh dunia,” kata Adam.

Mengenai tanggapan bahawa syarikat logistik dijangka juga mendapat keuntungan daripada kesan limpahan NIP, Adam berpendapat bahawa pasti timbul beberapa masalah melibatkan logistik vaksin.

“Vaksin perlu disimpan dalam suhu yang ditetapkan dan tidak banyak penyedia gudang yang memiliki kemampuan ini, justeru mungkin ada wujud masalah ketika mengedarkan dan menyimpan vaksin tersebut,” kata Adam.

Adam juga menyarankan agar syarikat logistik memperluaskan perniagaan mereka dengan terlibat dalam pengurusan pengedaran dan penyimpanan vaksin kerana akan mendapat permintaan tinggi apabila program imunisasi vaksin itu dilancarkan.

Malaysia akan memulakan progam imunisasi itu pada 26 Februari depan, ia adalah program vaksinasi terbesar yang pernah dilakukannya dalam usaha untuk melindungi rakyat daripada COVID-19.

Penghantaran vaksin pertama dijadual dihantar lima hari lebih awal, iaitu pada 21 Februari.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi individu pertama yang akan menerima suntikan vaksin COVID-19 pada 26 Februari ini diikuti pasukan petugas hadapan di bawah NIP itu yang dijangka akan berlangsung sehingga bulan Februari tahun depan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika beliau melancarkan buku panduan mengenai program imunisasi yang telah menerapkan pendekatan seluruh anggota kerajaan dan masyarakat.

Buku panduan dengan slogan “Lindung Diri, Lindung Semua” (Protect Oneself, Protect Everyone) itu boleh dimuat turun dari www.vaksincovid.gov.my.

Buku panduan itu memberikan perincian program imunisasi dan akan menjadi sumber rujukan bagi penggubal dasar dan pelaksana serta orang ramai, ia dikeluarkan menjelang penghantaran pertama vaksin COVID-19 ke Malaysia, katanya.

Menurut laporan, bagi pesanan vaksin Pfizer oleh Malaysia, kumpulan pertama melibatkan satu juta dos (untuk 500,000 orang, setiap orang akan menerima sebanyak dua dos) ia dijadual tiba pada akhir bulan Februari dengan 1,7 juta dos lagi pada suku kedua tahun 2021, manakala 5.8 juta dos pada suku ketiga tahun 2021 dan 4.3 juta dos pada suku keempat tahun 2021.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda