Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sempadan Daerah Gombak-Hulu Selangor Dibuka

By 20 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Petaling)/IPD Gombak

RAWANG, 20 (Malaysiaaktif) – Sempadan Gombak-Hulu Selangor di Sungai Choh yang ditutup dengan batu penghadang sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 telah dibuka hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan laluan tersebut telah dibuka.

Katanya, ianya diputuskan dalam mesyuarat berdasarkan perkembangan semasa Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan  Negara (MKN).

“Perkara itu telah dibincangkan semula dalam mesyuarat pagi tadi setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi dan pengumuman SOP terbaru.

“Ia juga disebabkan pembatalan sekatan pergerakan 10 kilometer radius dan perbezaan sempadan daerah polis dan pentadbiran menyebabkan keputusan membuka batu penghadang itu.

“Dimaklumkan pembukaan sempadan tersebut dibuat bukan disebabkan penularan gambar yang tersebar baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar yang memaparkan orang awam mengusung jenazah melepasi batu penghadang yang memisahkan dua daerah tersebut.

Batu pengadang tersebut dipasang pada 13 Januari 2021 di sempadan daerah Gombak dan Hulu Selangor apabila PKP 2.0 dilaksanakan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda