Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

SJR Platform Pembudayaan Norma Baharu

By 4 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Kuala Pilah dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah telah mengadakan Program Cakna Pembudayaan Norma Baharu 2021 di Sekatan Jalan Raya (SJR) Ulu Bendul semalam.

Pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka dua SJR di daerah Kuala Pilah iaitu di Ulu Bendul dan Jemapoh bagi memantau pergerakkan merentas negeri dan daerah.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Shahnon Mohamad, masyarakat harus selalu diingatkan mengenai pematuhan SOP dan mengamalkan norma baharu.

“Kita selalu lupa dan ia menjadi tugas Jabatan Penerangan mengingatkan masyarakat untuk mematuhi SOP melalui proram hebahan Info on Wheels (IoW) dan kali ini kita memilih SJR sebagai platform.

“Ini adalah peluang yang terbaik dapat digunakan oleh pihak jabatan untuk memberikan maklumat kepada pengguna jalan raya mengenai pembudayaan norma baharu,” katanya yang ditemui, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supritendan Amran Mohd Gani, berkata masyarakat di daerah Kuala Pilah sudah pun memahami SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Pematuhan masyarakat Kuala Pilah amat tinggi sekitar 98 peratus yang mematuhi PKP, saya berharap masyarakat dapat bersama-sama dengan kerajaan membantu pasukan keselamatan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam daerah seperti Jabatan Penerangan adalah usaha yang baik bagi mendidik masyarakat dalam memastikan pendamik COVID-19 dapat dikawal,” ujarnya.

-AK

Tinggalkan komen anda