Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Taska IKHLAS, Taska Orang Kelainan Upaya (OKU) Pertama di Melaka

By 24 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haniza Harun/FB Rina Mohd Harun (Melaka)

MELAKA, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Persatuan Insan Berkeperluan Khas (IKHLAS) telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan peruntukan sebanyak RM500 ribu untuk  menguruskan projek perintis Taska IKHLAS yang memperkenalkan program intervensi, terapi serta perlindungan kepada kanak-kanak OKU yang berumur satu hingga empat tahun.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga  dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan golongan kelainan upaya atau insan istimewa ini diberi perhatian serta sokongan dan salah satunya adalah seperti projek perintis Taska IKHLAS,  di mana gandingan dan susunan operasi adalah untuk menyantuni kanak-kanak OKU mengikut Dasar Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sebahagian sokongan dan perhatian ditumpukan ke arah pembelajaran dan kemahiran diri melalui program Pendidikan Khas Inklusif di sekolah-sekolah kerajaan dan Program Integrasi Pendidikan Khas.

“Memahami keperluan utama ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga kanak-kanak OKU yang mencari platform bersesuaian untuk menjaga, mengasuh, mendidik dan memberi perlindungan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka, program Intervensi Awal telah diperkenalkan seawal peringkat umur bagi kanak-kanak OKU walaupun pada mulanya program ini kurang diberi perhatian,” jelas beliau ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Taska IKHLAS di Aras 1, Yayasan Toh Puan Zurina, di sini baru-baru ini.

Menurut kenyataan media, seramai 181 kanak-kanak OKU yang telah dikenal pasti  berumur di antara satu tahun hingga enam tahun yang telah berdaftar dengan JKM Melaka.

~RJ~

Tinggalkan komen anda