Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

35,136 Petugas Barisan Hadapan Terima Bantuan RM200

By 18 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor (Medkom) 

KOTA ISKANDAR, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri menyalurkan bantuan sekali beri berjumlah RM7.02 juta kepada petugas barisan hadapan bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam membantu mengekang penularan wabak COVID-19.

Seramai 35,136 petugas barisan hadapan di negeri ini akan menerima bantuan sebanyak RM200 menerusi inisiatif di bawah Agenda Johor Berkebajikan yang dibentang dalam Belanjawan Johor 2021.

Menurut wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Nongleek Prak Jun, bantuan ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri dalam menghargai jasa dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan dan kesihatan dalam mengekang pandemik COVID-19.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat para petugas barisan hadapan untuk terus berkhidmat membantu kerajaan mengawal penularan wabak ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Petugas Barisan Hadapan di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad, di sini semalam.

Bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sarjan Mohd. Shukri Hussin, bantuan itu sebagai suntikan moral kepada anggota ATM yang terlibat dalam pelbagai operasi ketika negara mendepani pandemik COVID-19.

“Sumbangan ini akan dapat menaikkan semangat petugas barisan hadapan untuk terus berkhidmat,” ujarnya.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad kepada wakil-wakil agensi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor R. Vidyananthan.

-NI-

Tinggalkan komen anda