Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Aspirasi ke Arah Muar Daerah Maju 2030

By 17 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib (Muar)/Pejabat Daerah Muar

MUAR, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Muar yang sinonim dengan Bandar Maharani Bandar Diraja telah menetapkan wawasan pembangunan sebagai ‘Bandar Warisan, Mampan dan Pintar’ sekali gus mensasarkan matlamat untuk menjadikan ia sebagai daerah peneraju pembangunan ekonomi wilayah utara Negeri Johor menjelang 2030.

Menurut Pegawai Daerah Muar Mustaffa Kamal Datuk Shamsudin, bagi merealisasikan matlamat pembangunan daerah Muar satu kunjungan ke Mukim Bandar 2 telah dibuat bertujuan untuk memastikan iltizam dan visi membawa Muar Maju menjelang 2030 melalui pemerkasaan agensi dan komuniti dapat dijayakan.

“Untuk pembangunan daerah Muar, kerajaan negeri akan terus memberikan tumpuan terhadap sektor pelancongan menerusi Parit Tiram yang merupakan salah satu pit perhentian kluster Tanjung Emas-Gunung Maokil yang dilihat berpotensi untuk dijadikan produk pelancongan dengan mewujudkan rantaian aktiviti ekonomi melalui industri tiram.

Mustafa Kamal memberi galakkan dan sokongan kepada IKS Keropok Lekor Trading Food Industries Q'FIS untuk terus maju dan berjaya.

Mustafa Kamal memberi galakkan dan sokongan kepada IKS Keropok Lekor Trading Food Industries Q’FIS untuk terus maju dan berjaya.

“Saya telah meluluskan pembinaan restoran terapung serta memberi bimbingan dan galakan kepada komuniti Parit Tiram untuk menjadikan Pangkalan Tiram sebagai hab kepada industri perikanan dan pelancongan di daerah itu,” katanya yang ditemui pada sesi kunjungan ke Mukim Bandar 2 Muar, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, Tourism Johor dan Majlis Perbandaran Muar juga telah meluluskan peruntukan berjumlah RM500,000 dan RM250,000 bagi membina dan menaik taraf kemudahan pit perhentian yang mempunyai kebitaraan sendiri.

“Aktiviti-aktiviti lain seperti sewaan teksi bot untuk menyusuri sungai serta melihat nelayan menangkap tiram bakal diketengahkan dan akan diusahakan oleh komuniti setempat bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di sini,” ujarnya.

Pada program tersebut, Mustaffa turut berjumpa dengan golongan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang mana perniagaan mereka semakin berkembang maju dengan sokongan dan bantuan yang diterima daripada pihak kerajaan melalui Sahabat Sukarelawan Maharani.

Beliau turut menziarahi dan menyantuni warga emas bagi menyampaikan bantuan wang tunai sumbangan Sahabat Sukarelawan Maharani, bantuan bakul makanan dan barang-barang keperluan lain.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bentayan Ng Yak Howe dan Penghulu Mukim Bandar 2 Khalim Abdullah.

-NI-

Tinggalkan komen anda