Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Jejak Basikal Terap Gaya Hidup Sihat

By 24 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Samuel/Ahmad Faisal Ahmad Tarmizi (Kuala Kangsar)

KARAI, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri yakin projek jejak basikal dapat menerapkan gaya hidup sihat kepada seluruh masyarakat setempat dengan adanya aktiviti fizikal dan riadah di sepanjang persisiran Sungai Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun, berkata masyarakat akan disajikan dengan laluan flora dan fauna semula jadi yang mendamaikan  di samping dapat menyantuni dan beramah mesra dengan masyarakat desa.

“Projek ini telah memanfaatkan jalan kampung sedia ada kerana telah dinaik taraf menjadi laluan berbasikal yang akan turut digunakan oleh penduduk kampung sebagai jalan perhubungan harian.

“Pembangunan laluan berbasikal ini adalah strategi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menggalakkan masyarakat tempatan supaya bersama-sama dalam memelihara Sungai Perak yang merupakan nadi kehidupan rakyat di negeri ini. 

Sesi temu ramah peserta oleh wartawan JaPen.

Sesi temu ramah peserta oleh wartawan JaPen.

“Saya yakin usaha pembangunan ini mampu menjana peluang pekerjaan dan pendapatan tambahan kepada penduduk tempatan dan saya berharap usaha ini akan menjadikan Kuala Kangsar sebagai destinasi pelancongan berbasikal,” katanya pada Majlis Penyerahan Projek PLSB Sungai Perak Fasa 1 di Dataran Victoria, di sini semalam.

Tambahnya, selaras dengan hasrat Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), beliau berharap agar projek yang telah siap ini dapat menarik minat orang ramai untuk melihat sendiri penggunaan dan fungsi sungai di daerah ini dengan memberi penekanan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan sungai.

“Kerajaan negeri akan meneruskan pembinaan Bike Trail Fasa 2 dari Jambatan Victoria ke Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Kuala Kangsar sejauh lebih kurang 37km di kiri dan kanan Sungai Perak sebagai menyokong kepada usaha yang telah dimulakan ini,” katanya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda