Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Lok Kawi Resort City Akan Rancakkan Pelancongan Sabah

By 24 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Bustan Made Aming/Vicky Sylvester Matanjang (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Projek Pembangunan ‘Lok Kawi Resort City’ di Kampung Meruntum dijangka akan merancakkan sektor pelancongan di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor berkata projek bernilai RM7 bilion itu juga bakal menyediakan persekitaran yang kondusif dan selesa untuk memacu sektor pelancongan di Sabah.

“Pembangunan ini melibatkan pembinaan pusat peranginan, hotel, kompleks membeli belah, taman tema, blok komersial serta pejabat, perumahan dan lain-lain dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM7 billion.

“Projek ini akan melonjakkan persekitaran yang kondusif bagi sektor pelancongan khususnya dalam menangani kekurangan jumlah bilik penginapan dan pusat peranginan di Sabah bagi menampung keperluan yang tinggi.

“Selain itu, projek ini dijangka menjana lebih 5,000 peluang pekerjaan dan jumlah itu akan bertambah apabila beroperasi sepenuhnya kelak”, katanya semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Pembangunan ‘Lok Kawi Resort City’, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini baru-baru ini.

Hajiji (berdiri dua dari kiri), Muhyiddin (tengah) dan Azmin (berdiri tiga dari kanan) menyaksikan majlis menandatangani kerjasama industri antara Linaco Group of Companies dengan Kerajaan Negeri Sabah.

Hajiji (berdiri dua dari kiri), Muhyiddin (tengah) dan Azmin (berdiri tiga dari kanan) menyaksikan majlis menandatangani kerjasama industri antara Linaco Group of Companies dengan Kerajaan Negeri Sabah.

-RI

Tinggalkan komen anda