Skip to main content
Berita TempatanSabah

Masyarakat Disaran Peka Berkaitan Program Pemberian Vaksin Peringkat Daerah

By 15 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidi Jamin(Beluran)

BELURAN, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Masyarakat disaran terus peka dan maklum berkaitan program pemberian vaksin peringkat daerah khususnya Program Pemberian Vaksin (PPV) fasa kedua yang tertumpu bagi kumpulan berisiko tinggi dan berumur 60 tahun ke atas.

Ketua Penyelaras Pemberian Vaksin Daerah Beluran Dr Norsaini Nion, ketika ditemui berkata fasa kedua PPV dan fasa ketiga melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas akan dilaksanakan mengikut perancangan dan akan dimaklumkan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ssetiap individu dan masyarakat disaran untuk mengemaskini dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera serta sentiasa merujuk ke klinik kesihatan berdekatan bagi mendapat maklumat yang tepat,” katanya ketika ditemui semasa pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Beluran yang berlangsung di Dewan Serbaguna Beluran, di sini semalam.

 

Tuan Samad ketika menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

Tuan Samad ketika menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk Samad Jambri@Jamri, berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini diadakan bertujuan memutuskan rantaian penularan COVID-19 selain turut memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk agar kadar jangkitan dapat dikurangkan.

“Saya menyeru kepada masyarakat sekitar daerah Beluran agar terus peka terhadap program ini khususnya pada peringkat pemberian vaksin fasa kedua dan fasa ketiga nanti.

“Sila pastikan kita hadir pada waktu yang telah ditetapkan untuk dos pertama dan juga dos kedua kerana apabila diri kita dilindungi, kita juga dapat melindungi yang lain terutama orang di sekeliling kita,” ujarnya.

Seramai 330 anggota barisan hadapan tersenarai menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada majlis tersebut.

-RI

Tinggalkan komen anda