Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Vaksin Pfizer – BioNTech Selamat Tiba di Padang Terap

By 1 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Anis Othman/Mohd Syafiq Md Saad (Padang Terap)

KUALA NERANG, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Pegawai Kesihatan Daerah Padang Terap Dr Muhamad Fadhil Mohamad Marzuki memaklumkan bahawa pelaksanaan suntikan vaksin di daerah ini bermula semalam (Ahad).

Menurut Dr Muhamad Fadhil, vaksin yang tiba itu kini ditempatkan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kuala Nerang sebagai pusat simpanan vaksin di sini.

“Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Daerah Padang Terap ini dijalankan di Dewan Plumeria, Majlis Daerah Padang Terap dengan seramai 12 orang ketua jabatan yang merupakan individu terawal akan menerima suntikan Vaksin COVID-19 tersebut.

“Kempen ini menyasarkan 70% penduduk Padang Terap merangkumi seramai 53 ribu orang yang telah dikenal pasti dan pihak penganjur berharap seramai sekurang-kurangnya 41 ribu orang akan mendapat suntikan,” katanya dalamTaklimat Program Vaksinasi COVID-19 Peringkat Daerah Padang Terap di Dewan Tunku Putra, di sini kelmarin.

Dr Muhamad Fadhil, turut memaklumkan fasa pertama ini melibatkan petugas barisan hadapan yang terdiri daripada kakitangan kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Relawan Rakyat Malaysia, Majlis Daerah Padang Terap, Jabatan Penerangan dan lain-lain agensi di sempadan Malaysia-Thailand, Durian Burung.

“Fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi, manakala fasa ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Febuari 2022.

“Program ini bertujuan bagi memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti, sekali gus memutuskan rantaian penularan jangkitan dan akhirnya dapat menamatkan pandemik COVID-19,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda