Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pemuzik Jalanan Meriahkan Medium Penyampaian Maklumat

By 21 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin(Labuan)

LABUAN, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Program Info on Wheels (IoW) Street Buskers Jabatan Penerangan Labuan mempelbagaikan lagi corak dan medium penyampaian maklumat penting kepada masyarakat menerusi khidmat pemuzik jalanan di sini.

Menurut Pengarahnya Supian Musa, inisuatif ini merupakan salah satu lagi usaha jabatan dalam mempelbagaikan pendekatan penyampaian maklumat dengan cara yang lebih santai.

“Kita sentiasa memikirkan idea atau cara baharu untuk menjalankan peranan jabatan untuk menyalur serta menyebarluaskan maklumat atau inisiatif kerajaan kepada golongan sasar.

“Menerusi kumpulan pemuzik jalanan ini juga kita yakin dengan kemampuan mereka menarik minat orang ramai dengan maklumat-maklumat semasa yang penting seperti Proklamasi Darurat, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Pembudayaan Norma Baharu,” katanya semasa menghadiri program itu di Ramsey Point, di sini semalam.

Amir dan Supian beramah mesra dengan para pengunjung Ramsey Point semasa program berlangsung.

Amir dan Supian beramah mesra dengan para pengunjung Ramsey Point semasa program berlangsung.

Tambahnya, selain masyarakat dapat menerima maklumat atau informasi penting semasa berhibur, pihaknya juga membuat edaran bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia kepada para pengunjung di setiap lokasi program itu.

“Kami turut mengedarkan bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan yang berkaitan pelbagai isu serta dasar-dasar semasa kerajaan selain boleh berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat sekali gus mendapatkan pelbagai input berguna untuk disampaikan kembali kepada pihak kerajaan,” jelasnya.

Program itu jelasnya akan dijalankan di beberapa lokasi lain antaranya Taman Damai Layang-Layangan, Batu Manikar dan Medan Selera Labuan.

Hadir sama memeriahkan IoW Street Buskers semalam adalah Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Seri Amir Hussien.

-RI

Tinggalkan komen anda