Skip to main content
Berita TimurTerengganu

PKPP, Masyarakat Kemaman Bersyukur

By 4 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fadli Muhd Yusof (Kemaman)

KEMAMAN, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh Negeri Terengganu yang bermula esok sehingga 18 Mac memberi banyak kelegaan kepada penduduk di Daerah Kemaman.

Beberapa aktiviti sosial yang dibenarkan dibuat seperti majlis rasmi atau tidak rasmi kerajaan, kenduri, majlis perkahwinan, pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran dan lain-lain majlis sosial dengan mengikut Prosedur Operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Suryati Mat Nor, 46, dari Taman Koperasi Kemaman, berkata dia bersyukur apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan membenarkan pergerakan rentas daerah.

“Bermula esok, bolehlah saya melawat ibu bapa saya yang tinggal di Daerah Setiu setelah hampir sebulan tidak melawat mereka kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikuatkuasakan sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Suryati Mat Nor, 46, ambil peluang rentas daerah untuk menziarahi ibu bapa di Daerah Setiu.

Suryati Mat Nor, 46, ambil peluang rentas daerah untuk menziarahi ibu bapa di Daerah Setiu.

Namun begitu, beliau tetap akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Menurut Rosnani Hashim, 51, yang merupakan Ketua Kerani Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggol Kemaman, kebenaran pihak kerajaan untuk membenarkan kenduri kahwin mengikut kapasiti dewan memberi kelegaan kepada beliau kerana hampir lima bulan kenduri kahwin anaknya tertangguh disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini.

“Syukur dengan kebenaran ini akhirnya saya dapat mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak saya mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Rosnani Hashim, 51, Ketua Kerani SMK Banggol berkata, akan mengadakan majlis kenduri perkahwinan anaknya yang telah tertangguh selama hampir lima bulan.

Rosnani Hashim, 51, Ketua Kerani SMK Banggol berkata, akan mengadakan majlis kenduri perkahwinan anaknya yang telah tertangguh selama hampir lima bulan.

Mohd Azmi Jusoh, 55, Setiausaha Persatuan Tenis Daerah Kemaman, berkata PKPP membolehkan beliau dan rakan-rakannya bersukan seperti biasa di sebelah petang untuk kesihatan dan hilangkan tekanan seperti bermain tenis secara berpasangan.

Mohd Azmi Jusoh,55, Setiausaha Persatuan Tenis Daerah Kemaman ambil peluang waktu PKPP untuk bermain tenis bersama rakan-rakan.

Mohd Azmi Jusoh,55, Setiausaha Persatuan Tenis Daerah Kemaman ambil peluang waktu PKPP untuk bermain tenis bersama rakan-rakan.

Beliau turut menyeru masyarakat agar sentiasa mengamalkan pembudayaan norma baharu dengan sentiasa menjaga penjarakan fizikal, sentiasa memakai pelitup muka dan sentiasa membersihkan tangan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

-ii-

Tinggalkan komen anda