Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Program e-Census Day Peringkat Negeri Terengganu

By 4 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu menjemput orang ramai hadir ke program e-Census Day Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) Peringkat Negeri Terengganu.

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu Mohd Sofi Ali, berkata Program Banci Malaysia dilaksanakan setiap sepuluh tahun sekali dalam penyediaan maklumat asas untuk memantau Agenda Pembangunan Lestari 2030 yang merangkumi komitmen untuk membasmi kemiskinan, kesamarataan, kelestarian alam sekitar dan memastikan bahawa semua penduduk diliputi.

“Program ini dapat membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah berkenaan pengisian secara dalam talian (e-Census) dan memastikan semua masyarakat dapat dibanci dalam Banci Malaysia.

Pengarah Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu Mohd Sofi Ali, menyeru orang ramai hadir ke Program e-Census Day Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 peringkat Negeri Terengganu pada hari ini.

Pengarah Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu Mohd Sofi Ali, menyeru orang ramai hadir ke Program e-Census Day Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 peringkat Negeri Terengganu pada hari ini.

“Sehubungan itu, orang ramai yang masih belum memberi maklumbalas dan memerlukan bantuan untuk mengisi secara dalam talian (eCensus) bolehlah berkunjung ke Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran dengan membawa maklumat ahli keluarga,” katanya.

Bagi penduduk PPR Hiliran Nik Rahimah Nik Ramli, 38, program ini sangat memberi manfaat kepada orang ramai yang mempunyai masalah dalam mengisi data banci dalam talian.

“Tidak semua orang mahir untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian dan pada pendapat saya, program ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam mengajak orang ramai menyelesaikan bancian demi masa depan negara,” katanya.

Nik Rahimah Nik Ramli, 38 berkata program ini memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai masalah untuk mengisi banci secara dalam talian.

Nik Rahimah Nik Ramli, 38 berkata program ini memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai masalah untuk mengisi banci secara dalam talian.

Manakala bagi Amran Che Ahmad, 49, beliau menyambut baik usaha yang dibawakan oleh Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu bagi menyelesaikan pemasalahan rakyat bagi program banci kali ini yang agak sukar memandangkan negara masih berperang dengan pandemik COVID-19.

“Sebagai rakyat, kita hendaklah jalankan tanggungjawab kita kerana data kita, masa depan kita,” ujarnya yang turut hadir mengisi data banci secara dalam talian.

Amran Che Ahmad, 49, berkata sebagai rakyat harus jalankan tanggungjawab mengisi banci demi masa hadapan.

Amran Che Ahmad, 49, berkata sebagai rakyat harus jalankan tanggungjawab mengisi banci demi masa hadapan.

Program yang bertujuan meningkatkan kadar respon secara dalam talian di kalangan penduduk di PPR, penjawat awam persekutuan dan negeri, penduduk-penduduk kampung di sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, Kuala Terengganu diadakan selama dua hari bermula semalam pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang

Pada masa yang sama, bagi menyokong usaha membendung dan memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dalam negara, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah membuka semula platform banci secara dalam talian.

Orang ramai yang hadir ke Program e-Census dibantu oleh petugas dari Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu.

Orang ramai yang hadir ke Program e-Census dibantu oleh petugas dari Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu.

Orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci diseru untuk mengisi maklumat banci secara dalam talian dan boleh mendapatkan Info lanjut di www.mycensus.gov.my.

-ii-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda