Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Sektor Perusahaan Nurseri Tetap Ada Peminatnya

By 1 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wee Kim Been (Pasir Mas)

PASIR MAS, 1 MacĀ (Malaysiaaktif) –Ā Meskipun dihimpit kemelesetan ekonomi, sektor perusahaan nurseri di daerah ini masih dikatakan cukup menggalakkan terutamanya dalam kalangan peminat lanskap luar dan dalaman kawasan rumah.

Bagi Hamid Yusof, 62, salah seorang pengusaha nuseri di sini berkata dari mula dilanda COVID-19 sehingga kini, permintaan terhadap barangan keperluan penyediaan lanskap seperti bunga-bungaan, tanah, pasu, baja, racun serangga serta peralatan penyediaan lanskap hiasan dalaman dan luar rumah sentiasa mendapat permintaan tinggi.

Begitu juga dengan Siti Noor Zuraida Yahya, 55, Beliau yang hampir 25 tahun berkecimpung dalam bidang nuseri ini berkata permintaannya cukup memberangsangkan.

“Walaupun COVID-19 melanda dan hingga kini tiada penghujungnya, nurserinya dapat memberi peluang kepada anak muda sekitar Rantau Panjang untuk berkerja sambilan di kedai saya,” katanya yang ditemui di tapak semaian miliknya, baru-baru ini.

Pelbagai jenis bunga bungaan terdapat di nuseri milik Zuraida yang telah berkecimpung dalam perniagaan ini hampir 25 tahun.

Pelbagai jenis bunga bungaan terdapat di nuseri milik Zuraida yang telah berkecimpung dalam perniagaan ini hampir 25 tahun.

Bagi Aminah Mohamad, 56, beliau cukup meminati bidang nurseri ini, lebih-lebih lagi ianya boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan, beliau yang mengusahakan nurseri dibantu suami Abdullah Yahya.

“Kami akan dapatkan baka bunga-bungaan di sekitar nurseri Pasir Mas untuk dijadikan lanskap luar dan dalaman rumah, kemudian disemai baka bunga-bungaan tersebut untuk dijual secara dalam talian dan juga kepada penduduk sekitar,” kata Aminah.

Berlainan pula dengan Amran Ali, 33, seorang penghidap kanser usus beliau telah menjalani terapi melalui kaedah terapi hiasan bunga-bungaan dedaun hijau yang memberi rangsangan refleksi positif demi kelangsungan hidup ekoran daripada penyakit berkenaan dan ianya amat berkesan dari segi tindak balas psikologi.

-SH

Tinggalkan komen anda