Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Santuni Masyarakat Tionghua, Tanda Pemimpin Cakna

By 18 Mac 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)/Muhammad Safwan Syakir Mohd Noor (Pusat Khidmat DUN Bukit Tunggal)

KUALA NERUS, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 40 ketua isi rumah di Bukit Tunggal daripada kalangan masyarakat Tionghua, menerima sumbangan berupa makanan asas dan bantuan kewangan bagi memastikan kebajikan masyarakat Cina di situ tidak dipinggirkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Alias Razak yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, berkata program kebajikan berkenaan adalah kolaborasi bersama pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu melalui Program Musa’adah COVID-19.

“Saya berterima kasih dan menghargai usaha murni pihak YADIM yang sudi bekerjasama bersama-sama pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), Bukit Tunggal dalam memastikan semua bantuan dapat disalurkan dengan baik tanpa mengira bangsa dan agama.

“Saya mengharapkan dengan pelaksanaan program berkebajikan seperti ini, ia dapat meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan dan program ini akan diteruskan lagi bagi kelompok penerima yang lain pula,” katanya ketika ditemui menyampaikan sumbangan, semalam.

Sementara itu, seorang penerima, Lau Chee Hong, 34, yang mempunyai bapa yang ketika ini sedang mengalami penyakit strok sejak tahun lepas, bersyukur apabila bapanya terpilih sebagai penerima yang layak untuk mendapatkan bantuan berkenaan.

“Bapa saya telah diserang penyakit strok bermula hujung tahun lepas dan sekaligus kami sekeluarga hilang punca pendapatan utama keluarga tambahan pula, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Alias Razak menyerahkan bantuan bekalan makanan asas dan bantuan kewangan kepada Lau Chee Hong ketika program Musa’adah COVID19 di sini, semalam.

Dr. Alias (kanan) menyerahkan bantuan bekalan makanan asas dan bantuan kewangan kepada Chee Hong (kiri) ketika program Musa’adah COVID-19.

“Kami sekeluarga berasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak YADIM dan pemimpin setempat yang memberikan sumbangan berupa bekalan makanan asas dan bantuan kewangan kepada kami sekeluarga,” katanya.

Di samping itu, penerima lain, Chan Hura Sia, 67, berkata lawatan santunan kebajikan dan program berkenaan dilihat membuktikan bahawa pemimpin masyarakat setempat tidak meminggirkan bangsa Cina yang merupakan golongan minoriti di negeri ini.

“Dengan wujudkan program seumpama ini, sekaligus memperlihatkan bahawa pemimpin setempat begitu adil dan saksama terhadap penduduk yang berlainan agama dan bangsa, tiada sikap pilih kasih di antara rakyat,” katanya.

Chan Hura Sia menerima bantuan daripada Dr. Alias Razak dan pihak YADIM ketika berlangsungnya progam berkenaan di sini semalam.

Chan Hura Sia menerima bantuan daripada Dr. Alias Razak dan pihak YADIM ketika berlangsungnya progam berkenaan di sini semalam.

“Kami masyarakat Cina di sini sangat mengalu-alukan santunan dan lawatan berkebajikan seperti ini dan berharap program seperti ini diteruskan di masa akan datang,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda