Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Tiga Produk Inovasi Baharu dan Buku Warisan Makanan Malaysia Dilancarkan

By 8 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar (Kuala Terengganu)/Alizan Sulong (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 8 Mac (Malaysiaaktif) –Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah melancarkan tiga Produk Inovasi Makanan MARDI di samping sebuah Buku Warisan Makanan Malaysia di MARDI Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kesemua produk yang dihasilkan ini telah melalui beberapa ujian dan pemprosesan sebelum ianya dapat dikomersialkan iaitu Glow-D Nektar Buah, FruitiGold Nektar Buah Campuran dan Tauhu Ikan Patin.

Ahmad berkata, kementerian dan MARDI optimis dalam penghasilan produk-produk inovasi makanan serta buku terbitan yang dihasilkan MARDI ini dapat membantu meningkatkan perusahaan industri tempatan di samping dapat menjadi bahan rujukan utama berkenaan makanan warisan Malaysia terutamanya kepada generasi muda.

Sekitar Majlis Pelancaran tiga produk inovasi makanan MARDI.

Sekitar Majlis Pelancaran tiga produk inovasi makanan MARDI.

“Kesemua produk yang dihasilkan ini masing-masing mempunyai tambahan fungsian dan kelebihan yang tersendiri antaranya, ia mempunyai nilai aktioksidan dan flavonoid yang tinggi, kandungan fenolik yang stabil, tinggi serat diet, rendah kandungan lemak dan tinggi protein berbanding produk komersial tempatan lain,” katanya.

Menurut Ahmad Hamzah, Buku Warisan Makanan Malaysia iaitu sebuah buku terbitan MARDI yang mengandungi pelbagai jenis makanan warisan tradisional yang terkenal terdiri daripada aneka makanan kudapan ringan, hidangan laksa, mi dan nasi hinggalah ke lauk-pauk.

3 Produk Inovasi Baharu dilancarkan iaitu Glow-D Nektar Buah, FrutiGold Nektar Buah Campuran dan Tauhu Ikan Patin.

Tiga produk inovasi baharu dilancarkan iaitu Glow-D Nektar Buah, FrutiGold Nektar Buah Campuran dan Tauhu Ikan Patin.

“Buku Makanan Warisan ini diolah dengan menggabungkan maklumat hasil penyelidikan serta inovasi MARDI untuk dikongsi bersama dengan masyarakat umum.

“Pada masa yang sama, saya juga berharap agar usahawan tempatan dapat memanfaatkan teknologi MARDI yang diperkenalkan ini kerana dapat meningkatkan pendapatan pengusaha dan secara tidak langsung, ekonomi negeri ini dapat dijana dengan baik,” katanya.

Ahmad Hamzah melihat Buku Warisan Makanan yang diolah dengan menggabungkan maklumat hasil penyelidikan serta inovasi MARDI untuk dikongsi masyarakat umum.

Ahmad Hamzah melihat Buku Warisan Makanan yang diolah dengan menggabungkan maklumat hasil penyelidikan serta inovasi MARDI untuk dikongsi masyarakat umum.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan MARDI Hasimah Hafiz Ahmad, Pengarah MARDI Terengganu Amiran Ngah serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

-ii-

Tinggalkan komen anda