Laporan/foto: Sheik Amilhisham Sheik Hashim/Abdul Halim Jumat (Jelebu)
JELEBU, 8 Mac (Malaysiaaktif) ā Murid tahun tiga hingga tahun enam kembali ke sekolah hari ini.
Tinjauan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Baru Pertang diĀ sini mendapati pelajar cukup teruja dapat kembali meneruskan pelajaran secara bersemuka.
Guru Besar Sekolah tersebutĀ Pok Kim Nyen, berkata sesi persekolahan kali ini menyaksikan murid dan guru menyesuaikan diri dengan norma baharu serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
“Segala persiapan diatur bagi menyambut kehadiran murid tahun tiga hingga enam sama sepeti persiapan semasa menyambut kehadiran murid prasekolah, tahun satu dan tahun dua di sekolah rendah seluruh negara minggu lalu selepas ditutup akibat pandemik COVID-19.
“Dalam SOP tersebut mengandungi panduan pengurusan dalam pelbagai aspek merangkumi bermula murid sampai ke pintu pagar sekolah, ketika murid berada di sekolah dan SOP ketika pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Menurut Kim Nyen, keadaan pandemik COVID-19 masih belum reda di Malaysia dan terdapat juga beberapa negeri yang masih di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Pembukaan semula sekolah dilihat sebagai keperluan bagi mengimbangi akses pendidikan dalam persekitaran yang selamat bagi memastikan pelajar tidak jauh ketinggalan dalam pembelajaran,” katanya.
-FF