Laporan/foto: Rahman Ishak (Putrajaya)/LLM
PUTRAJAYA, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Tiga pekerja pembinaan warga negara China meninggal dunia manakala seorang pengguna jalanraya cedera dalam kemalangan diĀ tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) awal pagi tadi.
Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan media mengesahkan kejadian kemalanganĀ tersebut.
“Kejadian difahamkan berlaku apabila salah satu dari komponen kren gantri terjatuh dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.
“Susulan kejadian tersebut, pasukan tindakan kecemasanĀ SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan,” menurut kenyataan tersebut.