Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Vaksinasi: Rakyat Yakin Langkah Wajar Bendung COVID-19

By 1 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

ALOR GAJAH, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah bermula 26 Feb lalu yang memberi keyakinan kepada rakyat bahawa rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan dan ekonomi negara bakal pulih seperti biasa.

Menteri Tugas Khas Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata vaksinasi fasa pertama akan diberi keutamaan kepada barisan hadapan yang berisiko dalam melaksanakan tugas-tugas menyelamat serta yang kerap bertemu masyarakat dan fasa-fasa seterusnya akan diperluaskan kepada semua yang penting rakyat mendaftar bagi memudahkan kerajaan menyusun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Program Info on Wheels (IoW) yang diadakan hari ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat serta meninjau reaksi rakyat berkaitan vaksinasi di samping menyeru rakyat mendaftar untuk diimunisasi supaya kita dapat melindungi diri dan masyarakat dari dijangkiti virus COVID-19,” ujar beliau ketika ditemui dalam Program Info On Wheels (IoW) Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah, baru-baru ini.

Dalam pada itu, peniaga Rahmat Abdul Latip atau dikenali sebagai Mr Choot menjalankan perniagaan perkhidmatan badut di majlis keramaian berkata kesan COVID-19 amat besar dalam perniagaannya kerana banyak aktiviti serta majlis tidak dapat berjalan.

Rahmat Abdul Latip @Mr. Choot bersyukur dapat menjana pendapatan semula.

Rahmat Abdul Latip @Mr. Choot bersyukur dapat menjana pendapatan semula.

“Tahun lepas pendapatan saya amat terjejas oleh kerana tidak ada sebarang aktiviti yang boleh dilakukan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun syukur kini, sudah ada vaksin pasti saya merasa lega.

“Hari ini juga kita lihat orang ramai makin berani keluar rumah untuk berbelanja kerana lebih yakin dengan adanya vaksinasi namun demikian kita masih harus menitik beratkan soal Prosedur Operasi Standard (SOP) dan pembudayaan norma baharu dalam kehidupan seharian,” ujar Choot ketika ditemubual di Pasar Malam Alor Gajah, baru-baru ini.

 ~RJ~

Tinggalkan komen anda