Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

YIDE Komited Bangunkan Pusat Dialisis

By 3 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Petaling)/YIDE

SHAH ALAM, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bakal membangunkan Pusat Dialisis di setiap daerah di Selangor yang tiada pusat tersebut iaitu di Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Hulu Selangor.

Pengerusi YIDE, Datuk Bakhtiar Hussin, berkata cadangan tersebut akan direalisasikan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Sekarang YIDE mempunyai lebih 266 pesakit yang menerima rawatan di enam buah Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) cawangan Shah Alam, Bukit Jelutong, Kapar, Taman Melawati dan Kuala Selangor.

“YIDE telah menanggung subsidi berjumlah RM200,000 setahun bagi kos tambahan dialisis iaitu ujian darah, ubat-ubatan dan lebihan bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja kepada pesakit dialisis yang menjalani rawatan di Pusat Dialisis MAIS,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa gimik pelancaran kempen ‘Prihatin Buah Pinggang Kita Semua’ sempena Hari Buah Pinggang Sedunia tahun ini bagi peringkat YIDE, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Bakhtiar berkata , insiatif YIDE adalah menjadikan bulan Mac tahun ini sebagai bulan kesedaran berkenaan buah pinggang.

Menurut Bakhtiar, Daftar Risiko Kebangsaan (NRR) penghujung tahun 2018 menunjukkan seramai 44,136 individu yang menghidapi kegagalan buah pinggang dan seramai 6,135 telah meninggal dunia disebabkan penyakit ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 11,416 orang pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di hospital-hospital kerajaan, manakala baki 30,773 di pusat dialisis swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Malaysia.

“Statistik ini menunjukkan penambahan sebanyak tiga peratus daripada tahun 2016 hingga tahun 2018 dan dianggarkan penambahan kes pesakit yang memerlukan rawatan dialiasis adalah sebanyak 6 peratus bagi tempoh dua tahun,” katanya.

Menurutnya, sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia sebagai memberi kesedaran berkenaan kepentingan kesihatan buah pinggang kepada manusia.

“Kempen-kempen kesedaran, program menerangkan kepentingan buah pinggang, faktor-faktor penyebab, risiko dan bagaimana untuk terus menjalani kehidupan sekiranya mempunyai penyakit buah pinggang akan digerakkan.

“Walaupun negara kita dilanda musibah pendemik covid 19, program program kesedaran seperti ini tetap diteruskan dengan mengamalkan norma baharu melalui penyampaian di alam maya,” ujar beliau.

-SH

Tinggalkan komen anda