Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

147 Ketua Komuniti Beluran Hadir Taklimat Program Imunisasi COVID-19

By 10 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidi Jamin (Beluran)

BELURAN, 10 April (Malaysiaaktif) – Seramai 147 peserta terdiri daripada ketua komuniti, pengurusan kilang serta  pengusaha ladang sekitar daerah Beluran hadir pada Program Taklimat Umum Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Beluran bertempat di Dewan Serbaguna Beluran pada Jumaat.

Menurut Pegawai Daerah Beluran Nordin Daling, sesi taklimat yang diadakan merupakan acara perintis kepada siri taklimat berkala khusus kepada ketua komuniti, pengurusan kilang serta pengusaha ladang bagi kempen memberi kedesaran dan menggalakkan masyarakat mendaftar program vaksinasi kebangsaan.

“Program anjuran bersama Pejabat Daerah Beluran, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Beluran, Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk dan Pejabat Kesihatan Kawasan  diadakan bertujuan memberi penerangan ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendaftaran dan pengambilan vaksin bagi menangani penularan COVID-19 di daerah ini.

Sesi taklimat daripada kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Beluran.

Sesi taklimat daripada kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Beluran.

“Fasa pertama peringkat daerah yang tertumpu kepada barisan hadapan telah selesai dilaksanakan baru-baru ini.

“Fasa kedua pula akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi dan berumur 60 tahun ke atas, manakala fasa ketiga melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas,” jelasnya yang juga Pengarah Program Imunisasi COVID-19 (CITF) peringkat daerah Beluran.

Sehubungan itu menurut Nordin, setiap individu, ketua komuniti, pengurus kilang serta para pengusaha ladang dan masyarakat sekitar disaran terus peka dan maklum berkaitan program pemberian vaksin peringkat daerah.

“Adalah diharapkan sesi penjelasan yang dianjurkan mampu memberi impak serta galakan kepada masyarakat untuk tampil mendaftar secara manual atau melalui tiga cara lain yang telah disediakan oleh pihak kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV),” katanya.

Hadir sama pada program tersebut, Ketua Penyelaras Pemberian Vaksin Daerah, Dr. Norsaini Nion serta Ketua-ketua jabatan sekitar daerah Beluran.

Sebahagian dari Ketua Komuniti, Pengurus Kilang serta Pengusaha Ladang yang hadir dan mengambil bahagian pada sesi soal jawab berkaitan dengan program vaksinasi kebangsaan.

Sebahagian dari Ketua Komuniti, Pengurus Kilang serta Pengusaha Ladang yang hadir dan mengambil bahagian pada sesi soal jawab berkaitan dengan program vaksinasi kebangsaan.

-RI

Tinggalkan komen anda