Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Ekonomi Malaysia Dijangka Pulih Pada Pra-Pandemik

By 13 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aimi Ainna Latif/Unit Foto JaPen Johor (Johor)

PONTIAN, 13 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan bertekad untuk memacu pemulihan ekonomi dengan lebih rancak pada tahun ini demi kesejahteraan rakyat.

Menurut Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, Malaysia kini berada dalam landasan pemulihan ekonomi selepas mengharungi ancaman pandemik COVID-19 yang telah membawa perubahan terhadap sosioekonomi, strukutur kemasyarakatan dan budaya kehidupan.

“Pelbagai isu dan masalah timbul pada peringkat ‘akar umbi’ terutama di kawasan kampung dan pedalaman berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara, ada yang hilang sumber pendapatan dan pekerjaan.

“Sebagai ahli parlimen, saya telah melancarkan beberapa program, termasuk program kebajikan dan pusat khidmat masyarakat yang beroperasi selama enam hari setengah bagi membantu rakyat selain mendengar rintihan dan aduan yang berbangkit,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Perasmian Program Malaysia Prihatin: Taklimat Isu Semasa (Pengurusan Pandemik COVID-19) Peringkat Negeri Johor di Taman Saujana Pontian, di sini baru-baru ini.

 

Pameran dari Klinik Kesihatan Pontian (Ujian Kesihatan Mental)

Pameran dari Klinik Kesihatan Pontian (Ujian Kesihatan Mental)

Tambah beliau, bantuan makanan asas turut disediakan untuk disalurkan kepada masyarakat yang memerlukannya khususnya golongan B40.

“Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh berkunjung ke pusat khidmat masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang disediakan,” ujarnya.

Wee berkata para petugas barisan hadapan dan penjawat awam harus bersiap siaga untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dan menjalankan tugas yang luar biasa demi menjamin kelancaran usaha-usaha kerajaan ke arah pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

 

-NI-

Tinggalkan komen anda