Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Feri Rosak, Penumpang Terkandas Dua Jam

By 2 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salwa Abd Razak (Langkawi)

LANGKAWI,  2 April (Malaysiaaktif) – Penumpang feri ke Kuala Perlis terpaksa menunggu selama dua jam selepas feri yang sepatutnya membawa penumpang mengalami kerosakan.

Menurut seorang penumpang, Rozilah Hamdan, 34, yang berasal dari Kampung Abi Batas Paip, Perlis berkata beliau selalu berulang-alik ke Langkawi atas urusan perniagaan, namun kejadian sebegini belum pernah berlaku.

“Harapan tinggi kepada pihak pengurusan syarikat feri supaya sentiasa memastikan jadual feri perlu dipatuhi seperti dalam jadual dan mohon untuk penggantian feri dilakukan secepat yang mungkin sekiranya ada berlaku kerosakan feri,” katanya yang ditemui di Jeti Pekan Kuah, di sini semalam.

Para penumpang selamat sampai ke Jeti Pelabuhan Kuala Perlis petang semalam.

Para penumpang selamat sampai ke Jeti Pelabuhan Kuala Perlis petang semalam.

Zainudin Zainal, 54, salah seorang penumpang feri yang ditemui berkata dia terkilan apabila hajatnya untuk segera menziarahi saudara yang meninggal dunia di Perlis tidak kesampaian ekoran kerosakan yang berlaku semalam.

“Saya berasa sedih kerana lewat sampai dan tidak sempat untuk melihat jenazah saudara saya yang telah selamat dikebumikan namun saya reda dengan ketentuan tuhan,” katanya.

Perjalanan yang dijadualkan pada sekitar pukul 3.00 petang itu, diteruskan apabila feri gantian dihantar dan penumpang telah sampai ke destinasi pada pukul 6.30 petang.

~RJ~

Tinggalkan komen anda