Foto: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
PUTRAJAYA, 5 April (Malaysiaaktif) – Jabatan Pertanian menyasarkan untuk melahirkan 500Ā contract growersĀ menerusi perjanjian kontrak dengan lapan syarikat utama bidang pertanian pada tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
AntaraĀ anchor companyĀ terlibat ialah Syarikat Beho Supply Sdn Bhd, Exotic Star Sdn Bhd dan Greenheart Farm Sdn Bhd yang akan menawarkan ilmu agromakanan kepada golongan sasar dan hala tuju dalam bidang itu, katanya.
Beliau berkata program kontrak ladang itu memberi manfaat daripada segi meningkatkan produktiviti ladang, jaminan bekalan mencukupi dan produk berkualiti tinggi kerana mempunyai pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) atau Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic).
āIni mampu menjamin pasaran hasil segar atau produk makanan yang dikeluarkan untuk pasaran domestik atau antarabangsa berdasarkan harga yang dipersetujui bersama,ā katanya dalam sidang media selepas merasmikan programĀ āBusiness Talk : Selangkah ke Industriā, di sini hari ini.
Memberikan contoh 53 pengusaha tanaman di Kelantan yang telah menandatangani perjanjian hadapan dengan Syarikat Beho Supply Sdn Bhd dalam pengeluaran tembikai bagi pasaran tempatan dan luar negara, mereka mendapat manfaat harga buah daripada 40 sen kepada 80 sen sekilogram dan sehingga mencecah RM1.80 sekilogram, mengikut gred dan lokasi pengambilan hasil, katanya.
— BERNAMA