Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Politeknik KK Amal Pilihan Raya Kampus Melalui Dalam Talian

By 9 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Aqilah Ahmad (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 9 April (Malaysiaaktif) – Politeknik Kota Kinabalu (PKK) mengambil insiatif mengadakan Pilihan Raya Kampus 2021 menerusi platform dalam talian demi memastikan demokrasi institusi terjaga dengan 14 calon umum dan 39 calon yang bertanding.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK komited memastikan integriti sepanjang hari pengundian terjaga dengan menggunakan sistem pengundian efektif yang diusahakan oleh jawatankuasa bertanggungjawab.

Menurut Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Ts. Zainab Othman, COVID-19 tidak menghalang pihak PKK untuk menghidupkan dan mengekalkan demokrasi di kampus.

“Penggunaan teknologi sedia ada sangat sesuai untuk kita praktikkan bagi membendung penularan wabak COVID-19 sekali gus menyokong inisiatif MyDIGITAL yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Februari lalu.

“Tiada alasan untuk kita berhenti mengangkat demokrasi di PKK dam percubaan pertama ini dikira berjaya kerana telah mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya menerusi satu kenyataan media, baru-baru ini.

Menurut Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK Ts. Sahril Hj Yusop, 84.47 peratus pelajar telah mengundi menunjukkan kadar kesedaran kepentingan demokrasi di PKK.

Semua kempen calon dilakukan di atas talian dengan menggunakan platform media sosial yang berbeza dan ia merupakan norma baharu berbanding tahun sebelumnya.

“Tujuh kerusi umum Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu 2021 telah dimenangi oleh Marline Malitin, Noraini Sallehuddin, Mohd Nur Rizwan Abd Kadir, Phillis Emily Primus, Muhammad Syaukie Mohd Sobri, Jason Teo Jun Wen dan Michelle Linda Marius,” jelasnya selepas mengumumkan keputusan rasmi Pilihan Raya Kampus PKK 2021.

Senarai Pemenang Kerusi Umum Bagi Pilihan Raya Kampus Politeknik Kota Kinabalu.

Senarai Pemenang Kerusi Umum Bagi Pilihan Raya Kampus Politeknik Kota Kinabalu.

-RI

Tinggalkan komen anda