Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KKMM dan PNS Buka Peluang Golongan B40 Jana Pendapatan

By 9 April 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Abdul Rahman (Putrajaya)/RMHC Malaysia

PUTRAJAYA 9 April (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), bekerjasama membuka peluang kepada golongan B40 yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk menjana pendapatan.

Menurut Ketua Setiausaha KKMM merangkap Penasihat Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan KKMM, Datuk Seri Mohammad Mantek, melalui konsep francais mikro dan mampu milik dengan saiz perniagaan bawah RM50,000, PNS memberikan khidmat nasihat dan bantuan pinjaman kepada usahawan yang berhasrat menceburi bidang tersebut walaupun tidak mempunyai latar belakang dan pengetahuan dalam dunia perniagaan.

“Pembukaan dua buah syarikat francais di kompleks kementerian ini memberi kepelbagaian pilihan makanan dan minuman serta kemudahan kepada warga kerja Kompleks KKMM dan sekitarnya.

“PUSPANITA Cawangan KKMM juga menggalakkan penyertaan usahawan wanita dalam kalangan ahlinya dengan menawarkan peluang berkolaborasi dengan PNS bagi menjana pendapatan sampingan.

“Kedua-dua cawangan ini menawarkan diskaun pada setiap 19 dan 25 haribulan khusus untuk semua kakitangan KKMM,” katanya semasa merasmikan pembukaan cawangan syarikat kopi global Jean’s Coffees (GJC) dan 10901 Hot Dogs di Kompleks KKMM, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi PUSPANITA Cawangan KKMM Datin Seri Hairani Taijudin dan Pengarah GJC Malaysia, Myanmar dan Brunei merangkap Pengarah Bahagian Perbendahaaran dan Pengurusan Aset PNS Jamil Busrah.

-RI

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda