Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

RM200,000 Bantuan Prihatin Tanah Rata

By 12 April 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Rose Rasidi/Intan Saziana (Cameron Highlands)

CAMERON HIGHLANDS, 12 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM200,000 diperuntukkan kepada Jawatankuasa Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB), sumbangan kepada masjid dan surau, murid-murid tahun satu serta individu-individu kurang bernasib baik dan terlantar sakit.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata seramai 498 murid Tahun Satu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata turut sama menerima sumbangan iaitu RM100 seorang bagi mengurangkan beban ibu bapa dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak.

“Bantuan ini akan membantu anak-anak sekolah yang ingin masuk sekolah dan yang kurang bernasib baik bagi meneruskan persekolahan,” ujarnya ketika menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JKKB dan Bantuan Prihatin Pahang DUN Tanah Rata di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini kelmarin.

Salah seorang penerima sumbangan Prihatin Pahang, Mohamad Razelan Rozali berkata, sumbangan yang diberikan sangat membantu rakyat terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Besar serta kerajaan negeri atas sumbangan kepada masjid-masjid khususnya Masjid Tanah Rata.

“Sumbangan ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menambah baik keperluan masjid untuk keselesaan rakyat Cameron Highlands dan menyerikan sambutan Ramadan pada tahun ini,” ujarnya.

-KN

 

Tinggalkan komen anda