Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Sasaran 250,000 Penerima Vaksin PPV di Melaka

By 20 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Nur Farhana Azman (MelakaTengah)

MELAKA, 20 Apr ( MalaysiaAktif) – Negeri Melaka mensasarkan seramai 250,000 penerima vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi Fasa 2 yang telah bermula semalam.

Sebanyak 29 fasiliti bukan kesihatan di tiga daerah telah dikenalpasti, namun hanya tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi terlebih dahulu iaitu di Dewan Tun Ali bagi daerah Melaka Tengah, Dewan Alamanda Jasin bagi daerah Jasin dan juga di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Masjid Tanah dalam daerah Alor Gajah.

PPV lain akan dibuka secara berperingkat mengikut jumlah pendaftaran penerima vaksin nanti.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, tumpuan utama untuk PICK Fasa 2 diberikan kepada golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, individu yang mempunyai sejarah penyakit (komorbiditi) dan orang kelainan upaya (OKU) sebelum diagihkan kepada golongan kategori lain – lain.

“Saya meminta kepada semua warga emas untuk tidak melepaskan peluang dan datang untuk mendapatkan vaksin kerana jika terlepas peluang, slot vaksin akan diambil oleh orang lain daripada Fasa 2 kerana Fasa 3 juga akan bermula pada Mei depan.

“Status pemberian vaksin COVID-19 Fasa 1 di negeri ini telah melebihi sasaran yang ditetapkan dan daripada data yang diterima sehingga 17 April, seramai 19,470 individu telah menerima suntikan vaksin bagi dos pertama manakala bagi dos kedua seramai 10,249 orang penerima, katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke PPV Dewan Tun Ali di sini, semalam.

Sulaiman bersama penerima vaksin COVID-19 Fasa 2.

Sulaiman bersama penerima vaksin COVID-19 Fasa 2.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ismail Ali dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka, Mohd Nasrul Menhat pagi tadi.

-FF

Tinggalkan komen anda