Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pejabat Kerajaan Beroperasi Penuh Semasa PKP

By 11 Mei 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Pejabat kerajaan kekal beroperasi sepenuhnya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang bermula esok hingga 7 Jun depan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mohd Zuki berkata pengoperasian penuh itu adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan seperti Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkidmatan Awam bertarikh 12 Jani 2021.

“Ketua Jabatan hendaklah menggunakan hemat dan kebijaksanaan dalam merancang keperluan sumber manusia demi memastikan kehadiran kakitangan ke pejabat dapat diminimumkan melalui sistem penggiliran, serta hendaklah mengeluarkan Arahan Dalaman dengan memperincikan keutamaan mengikut sektor jabatan masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata bagi yang tidak perlu hadir bertugas di pejabat, pegawai berkenaan diarahkan untuk Bekerja Dari Rumah mengikut peraturan dan garis panduan yang telah diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020: Dasar Bekerja Dari Rumah.

“Perkhidmatan awam negara akan terus menjadi tunjang utama memastikan jentera pentadbiran kerajaan kekal beroperasi berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengekang penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda