
Laporan/foto: Mawarni Ismail/Alif Hamid (Barat Daya)
BAYAN LEPAS, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Susulan pengumuman kerajaan bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun merupakan langkah terbaik ketika ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19 berikutan kenaikkan kes secara mendadak kini.
Pegawai Keselamatan Kanan sebuah pusat membeli belah di sini, Dharmalingam a/l K Govindhan berkata PKP 3.0 diperketatkan yang berkuat kuasa ini merupakan keputusan terbaik bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.
“Pengunjung adalah sangat berkurangan setelah pelaksanaan PKP 3.0 diperketatkan menunjukkan masyarakat patuh pada arahan yang dikeluarkan.

Hanya pengunjung berstatus ‘risiko rendah’ dan Casual Contact Low Risk dibenarkan masuk ke kompleks selama dua jam.
“Pihak kami memandang serius mengenai SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti hanya pelanggan yang berstatus risiko rendah termasuk Casual Contact Low Risk dalam MySejahtera sahaja yang dibenarkan masuk ke kompleks berkenaan,” katanya kepada Malaysia Aktif selepas meninjau pelaksanaan pematuhan SOP di kompleks membeli-belah tersebut, di sini baru-baru ini.
Dharmalingam berkata selain pemeriksaan suhu badan pelanggan bawah 37.5 darjah celsius, penjarakan fizikal perlu 1 meter serta mewajibkan pemakaian pelitup muka dengan betul sebelum dibenarkan masuk.
“Pelanggan dibenarkan masuk secara terhad ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan dan penetapan had masa hanya 2 jam dibenarkan untuk membeli-belah.

Edaran bahan penerbitan mengenai Vaksin COVID-19 disediakan di kompleks membeli-belah di daerah sini.
“Tujuan pelaksanaan PKP 3.0 ini adalah sebagai langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan COVID-19 di kalangan masyarakat di samping mengimbangi keperluan kesihatan dan rakyat yang terkesan serta terjejas akibat kehilangan pekerjaan,” katanya.
-ii