Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pembukaan Ekonomi PKP 3.0 bagi Lindungi Golongan Terjejas, PKS

By 12 Mei 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Keputusan kerajaan untuk mengekalkan pembukaan aktiviti ekonomi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 adalah untuk melindungi golongan tertentu terutamanya golongan yang mudah terjejas serta perniagaan kecil dan sederhana (PKS).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelaksanaan PKP 3.0 adalah berlandaskan standard operasi yang diguna pakai semasa PKP 2.0 pada awal tahun ini yang membenarkan aktiviti ekonomi untuk terus beroperasi.

Namun begitu, beliau menegaskan aktiviti sosial masih dilarang selaras dengan perkembangan semasa.

“Berdasarkan pengalaman PKP yang terdahulu dan data terkini, kerajaan mendapati beberapa perkara berikut. Pertama, penutupan ekonomi akan memudaratkan golongan rentan dan yang mudah terjejas.

“Kedua, jika sektor seperti perkilangan tidak beroperasi, ia akan membawa impak yang berlarutan dan berpanjangan kepada sektor utama ekonomi,” katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan PKP 3.0 di sini hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda