Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

34 Diarah Tutup, 55 Kompaun Terhadap Premis Langgar SOP – MPS

By 29 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/MPS

SELAYANG, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak 34 buah premis diarah tutup oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hasil pemantauan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pemangku Yang Dipertua MPS Cheremi Tarman, berkata sepanjang tempoh tersebut juga sehingga 25 Jun lalu, sebanyak 1,289 premis serta 779 penjaja telah dilawat dan sejumlah 526 premis telah diperiksa.

“Sepanjang 25 hari aktiviti pemantauan dijalankan, sebanyak 62 notis telah dikeluarkan, 55 kompaun telah diberikan dan 34 premis telah diarahkan untuk ditutup.

“Sebanyak 219 amaran lisan juga telah diberikan kepada para peniaga untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang telah digariskan,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Penuh MPS yang diadakan secara maya semalam.

Sepanjang tempoh PKP 3.0 sebanyak 1,289 premis serta 779 penjaja telah dilawat dan sejumlah 526 premis telah diperiksa pihak MPS.

Sepanjang tempoh PKP 3.0 sebanyak 1,289 premis serta 779 penjaja telah dilawat dan sejumlah 526 premis telah diperiksa pihak MPS.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan dan pemantauan telah dilaksanakan di semua pasar-pasar awam, kilang-kilang perindustrian, bengkel kenderaan dan kawasan-kawasan awam.

“Ia juga termasuk premis perniagaan, penjaja dan badan pengurusan bersama (JMB/MC) di seluruh pentadbiran perbandaran Selayang.

“MPS akan terus membuat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan rantaian pendemik COVID-19 ini dapat diputuskan di kawasan pentadbiran perbandaran Selayang.

“Saya berharap kita semua dapat menyokong usaha dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dan memerangi wabak COVID-19 ini dengan mematuhi arahan yang telah ditetapkan,” katanya.

-RI

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda