Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Daftar Vaksin Secara Bersemuka Berkesan di Kemaman

By 29 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Menyedari usaha pendaftaran vaksin dari rumah ke rumah lebih berkesan dan mendapat sambutan, seramai 20 orang sukarelawan digerakkan bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Peringkat Parlimen Kemaman.

Menurut Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid, seramai 20 orang sukarelawan telah meluangkan masa sepanjang lima hari dan sejumlah 5,042 orang telah berjaya didaftarkan sebagai penerima vaksin di peringkat Parlimen Kemaman setakat ini.

Bagi Hazim Huzaifah Yusof, 22, yang juga seorang pelajar berkata dia berasa bangga kerana dapat mendekati golongan yang sukar untuk menerima kebaikan vaksin khususnya warga emas dan kebanyakan dari mereka bimbang terhadap risiko kesihatan selepas menerima vaksin.

“Peranan sebagai sukarelawan memberi kepuasan dan pengalaman berharga kepada saya untuk terus menjalankan amanah kepada orang ramai.

Hazim Huzaifah Yusof berkata kesan negatif kepada kesihatan merupakan faktor utama penduduk enggan daftar vaksin.

Hazim Huzaifah Yusof berkata kesan negatif kepada kesihatan merupakan faktor utama penduduk enggan daftar vaksin.

“Alhamdulillah setelah diberikan penerangan berkaitan kelebihan vaksin, penduduk mula yakin dan bersetuju serta-merta untuk didaftarkan sebagai penerima,” katanya yang ditemui di Pusat Khidmat JPKK Meraga Beris, di sini baru-baru ini.

Seorang lagi sukarelawan Afifah Che Mohd Hassan, 26, berkata bertemu secara bersemuka dengan penduduk kampung merupakan kaedah lebih berkesan berbanding pendaftaran secara atas talian.

“Berita yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau anti vaksin menjadi antara faktor utama golongan pedalaman sukar menerima vaksin kerana bimbang kesan sampingannya.

Afifah Che Mohd Hassan berkata pengalamannya yang sudah divaksin berjaya meyakinkan penduduk di sini.

Afifah Che Mohd Hassan berkata pengalamannya yang sudah divaksin berjaya meyakinkan penduduk di sini.

“Kami sedaya upaya memberi nasihat dan penerangan secara berterusan selain menggunakan pengalaman diri yang sudah divaksin sebagai contoh terbaik untuk meyakinkan penduduk di sini,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda