Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

6,849 Kes Baharu, 7,749 Sembuh

By 12 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Jumlah kes sembuh daripada COVID-19 semalam di negara ini melonjak kepada 7,749 orang, angka tertinggi direkodkan sejak penularan wabak sementara 6,849 kes baharu dicatatkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perangkaan kes sembuh itu menjadikan jumlah keseluruhan individu pulih sepenuhnya dari wabak itu adalah sebanyak 563,779, manakala kes aktif kini 78,864 kes dan jumlah kes kumulatif sebanyak 646,411.

“Jumlah kes baharu merangkumi 6,845 kes penularan tempatan melibatkan 4,935 warganegara dan 1,910 warga asing, manakala hanya terdapat empat kes import membabitkan seorang warganegara dan tiga bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan rasmi semalam.

Jumlah kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pula sebanyak 912 dengan 458 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, katanya.

Noor Hisham Abdullah berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,558, diikuti Kuala Lumpur (884); Sarawak (699); Negeri Sembilan (685); Johor (426); Sabah (309) dan Kelantan (248).

Selain itu, Pulau Pinang mencatatkan 205 kes; Labuan (176); Melaka (170); Perak dan Kedah (masing-masing 161); Pahang (89); Terengganu (66); Putrajaya (10) dan Perlis (dua).

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda