Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

PPV-PIKAS Jawi Sasar 16,402 Pekerja Industri Divaksinasi

By 28 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahyudin Abd. Rani/Ammar Yas Azudin (Seberang Perai Selatan)

SUNGAI JAWI, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bukit Jawi Golf Resort yang berpusat di Taman Industri Batu Kawan di sini, menyasarkan seramai 16,402 pekerja industri akan divaksin sepanjang program sejak ia bermula pada 16 Jun lalu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman berkata, PPV-PIKAS ini bersedia untuk memastikan hasrat kerajaan dalam mencapai inisiatif imuniti kelompok dapat direalisasikan dengan segera.

“Saya berharap sasaran bagi menghabiskan pemberian dos pertama vaksin pada 5 Julai ini akan tercapai dan pemberian dos kedua dapat dijalankan pada 6 Julai 2021.

Taklimat oleh Penyelaras PPV Industri Bukit Jawi Golf Resort Johari Yacob kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mansor Othman.

Taklimat oleh Penyelaras PPV Industri Bukit Jawi Golf Resort Johari Yacob kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mansor Othman.

“Saya mengucapkan syabas dan terima kasih di atas proses yang berjalan dengan lancar dan teratur bagi usaha untuk membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok dengan cepat,” katanya selepas Taklimat di PPV-PIKAS Jawi, di sini semalam.

Sementara itu, Penyelaras PPV Industri Johari Yacob, berkata PPV ini menyasarkan seramai 1500 sehari untuk pekerja industri divaksinasi sejak beroperasi pada 16 Jun yang lalu.

Menurut Johari, dicatatkan pemberian vaksin sebanyak 6,320 kepada pekerja industri daripada pelbagai kilang sekitar Batu Kawan dan sebanyak 21 kilang telah bekerjasama dalam menjayakan Program PIKAS.

Seorang sukarelawan PPV-PIKAS Azman Shah Othman, berkata semua petugas yang bertugas di PPV Industri merupakan sukarelawan yang mendaftar dengan program PIKAS.

Penerima vaksin menerima cenderahati daripada pengurusan kilang sebagai penghargaan menyokong program PIKAS.

Penerima vaksin menerima cenderahati daripada pengurusan kilang sebagai penghargaan menyokong program PIKAS.

“Semua penerima vaksin turut menerima cenderahati sebagai galakan dari pengurusan kilang-kilang yang terlibat selepas selesai menerima vaksin pada hari tersebut.

“Pengurusan kilang bertanggungjawab memastikan urusan semua penghantaran pekerja-pekerja industri ke PPV berjalan lancar dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda