Skip to main content
Berita TengahMAPerak

Premis Perniagaan Gagal Patuh SOP Bakal Berdepan Tindakan Tegas

By 15 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohammad Faizzad Kamal (Batang Padang)/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

BIDOR, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Dua individu dan dua pemilik syarikat pembuatan simen menerima kompaun berjumlah RM23 ribu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu Operasi Bersepadu Pematuhan dan Penguatkuasaan dalam sektor perkilangan dan pembinaan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, sebanyak 10 pemilik premis telah diperiksa di sekitar Bidor dan Sungkai dalam operasi yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 2 petang.

“Kompaun telah dikenakan atas kesalahan gagal melakukan imbasan aplikasi My Sejahtera dan dua syarikat telah diberikan notis penutupan sepanjang tempoh PKP ini kerana beroperasi tanpa kebenaran MITI.

“Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,” katanya ketika ditemui selepas selesai operasi di sekitar Bidor dan Sungkai, di sini semalam.

Wan Azharuddin sedang memeriksa dokumen ketika mengetuai operasi.

Wan Azharuddin sedang memeriksa dokumen ketika mengetuai operasi.

Kesalahan yang dikesan ialah gagal dan tidak menyediakan alat pengimbas suhu badan, QR code, serta buku pendaftaran kedatangan pekerja selain pihak industri tidak mematuhi penjarakan fizikal satu meter kerana bilangan pekerja melebihi 60%.

Tambah Wan Azharuddin, operasi bersepadu seperti ini akan diteruskan ke atas premis-premis perniagaan terutama di pekan.

“Sekiranya didapati premis-premis perniagaan masih beroperasi tanpa kebenaran, tindakan tegas akan dikenakan,” katanya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda