Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

10,710 Kes Baharu, Selangor Kekal Tertinggi dengan 4,828 Kes

By 19 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di negara ini mencatatkan sedikit penurunan semalam, namun masih melepasi angka 10,000 dengan 10,710 kes dilaporkan berbanding 12,528 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia kini 916,561 kes.

Beliau berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 4,828 kes diikuti Kuala Lumpur (945); Johor (808); Negeri Sembilan (771); Kedah (696) dan Sabah (666).

Perak pula melaporkan 407 kes, diikuti Pahang (369), Pulau Pinang (295), Melaka (289), Sarawak (261), Kelantan (146), Terengganu (123); Putrajaya (51); Labuan (50) dan lima kes di Perlis.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda