
Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam ( Melaka Tengah)
PAYA RUMPUT, 7 Jul( Malaysiaaktif) – Tabung Darah Hospital Melaka terus melaksanakan misi menambah bekalan darah di hospital tersebut dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga(KRT) Parlimen Tangga Batu.
Menurut Pengerusi KRT Parlimen Tangga Batu R. Ganes Rethanam, program ini diadakan bertujuan membantu pihak Tabung Darah yang kekurangan bekalan darah bagi kes-kes kecemasan seperti pembedahan, kemalangan dan lain-lain.
“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penganjuran program ini perlu dititik beratkan terutama daripada segi prosedur operasi standard (SOP), namun dengan kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka program ini dapat dilaksanakan,” ujarnya ketika ditemui di Dewan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Taman Bertam Jaya, di sini semalam.
Penduduk Taman Bertam Jaya, Nor Hashim Yusof, 55, berkata dalam tempoh pandemik COVID 19 amat sukar menderma darah dilokasi yang telah dianjurkan sebelum ini oleh pasukan Tabung Darah kerana terikat dengan SOP yang ditetapkan dimana perjalanan tidak lebih dari 10 kilometer(km) radius dari kediaman namun apabila diadakan dikawasan sekitar peluang tersebut tidak disia-siakan.
“Melihat kepada kebaikan menderma darah untuk kesihatan tubuh badan seperti mengurangkan risiko sakit jantung menjadi faktor utama bagi kami penduduk setempat untuk sertai program ini dan secara tidak langsung menjadi salah seorang penderma dan membantu mereka yang memerlukan,” ujar Nor Hashim.
-FF