Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Harian Tertinggi iaitu 15,573 Kes

By 24 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Malaysia kali pertama mencatatkan kes harian COVID-19 melebihi 15,000 semalam, iaitu 15,573 kes, peningkatan lebih 2,000 kes berbanding 13,034 kes yang dilaporkan kelmarin.

Angka ini menjadi rekod terbaharu kes tertinggi COVID-19 yang dicatatkan sejak negara dilanda pandemik itu awal tahun lepas.

Sebelum ini kes tertinggi adalah sebanyak 13,215 kes pada 15 Julai lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di akaun Twitternya berkata Selangor kekal negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 7,672 kes manakala Kuala Lumpur turut merekodkan kes empat angka dengan 2,063 kes.

“Sebanyak 937 kes pula direkodkan di Kedah, diikuti Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530), Sabah (516) dan Sarawak (461),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, negeri lain yang mencatatkan kes baharu tiga angka ialah Pahang dengan 457 kes, Melaka (452), Perak (415), Kelantan (372) dan Terengganu (229), manakala Labuan hanya 21 kes, Putrajaya (41) dan Perlis (tiga).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda