Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Kesalahan Berulang, Kompaun Terpaksa Dikeluarkan

By 14 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Alihanafiah Mohd Khairy/Hanizatul Azwa Mat Lazim (Hilir Perak)

LANGKAP, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Nasihat dan peluang yang diberikan sebelum ini ternyata sia-sia apabila kesalahan sama berulang sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan kompaun.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Daerah Hilir Perak Azuan Arifin, berkata operasi pemantauan telah dilakukan ke atas sebuah kilang pemprosesan sawit pada bulan lepas yang mana nasihat dan amaran telah dikeluarkan berkaitan kesalahan tidak mendaftar masuk premis melalui aplikasi MySejahtera.

“Oleh itu, pihak kami terpaksa mengeluarkan kompaun ke atas penyelia kilang terbabit sebanyak RM1500 atas perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan,” katanya ketika ditemui dalam Operasi Bersepadu Pematuhan SOP di kilang tersebut, di sini pagi tadi.

Azuan Arifin menulis kompaun kepada sebuah syarikat yang beroperasi di alamat kediaman yang tidak mendapat kebenaran MITI.

Azuan Arifin menulis kompaun kepada sebuah syarikat yang beroperasi di alamat kediaman yang tidak mendapat kebenaran MITI.

Sementara itu, dalam operasi sama dua kompaun turut dikeluarkan ke atas sebuah syarikat perniagaan yang beroperasi di alamat kediaman di Taman Melor 3, Teluk Intan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sebuah alamat kediaman di Taman Melor 3 yang tidak mendapat kebenaran MITI dijadikan tempat operasi sebuah syarikat.

Sebuah alamat kediaman di Taman Melor 3 yang tidak mendapat kebenaran MITI dijadikan tempat operasi sebuah syarikat.

Tambah Azuan, seorang pekerja telah dikompaun sebanyak RM1500 kerana tidak mengimbas kod QR MySejahtera selain tidak memeriksa suhu badan manakala satu kompaun sebanyak RM10,000 telah dikenakan ke atas syarikat terbabit atas kegagalan mengehadkan kehadiran pekerja mengikut ketetapan 80% kapasiti.

“Walau bagaimanapun, diskaun sebanyak 50% akan diberikan jika pembayaran dijelaskan dalam minggu pertama dan 25% jika dijelaskan pada minggu kedua.

“Kompaun yang dikeluarkan bagi kesalahan individu pula akan dikurangkan sebanyak 50% jika pelaku tergolong dalam golongan B40,” katanya.

Operasi bersepadu ini merupakan operasi yang ketiga yang dilaksanakan sepanjang bulan ini.

~RJ~

Tinggalkan komen anda