Skip to main content
Berita SelatanMelaka

MPHTJ Lulus Kebenaran Berniaga

By 4 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)/MPHTJ

AYER KEROH, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Patuh SOP, jaga kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K) antara syarat utama yang wajib dipatuhi oleh penjaja di kawasan Pasar Wilayah Bukit Beruang.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Shadan Othman, berkata pihaknya telah mendapat aduan berikutan penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan disekitar Pasar Wilayah Bukit Beruang ini tidak mendapat kebenaran serta kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri serta agensi yang terlibat, pihak kami cuba mencari penyelesaian yang wajar dalam membantu penjaja berkenaan agar terus dibenarkan meniaga bagi mencari rezeki di kawasan sekitar berikutan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

“Hasil dari lawatan dan perbincangan bersama, pihak MKN Negeri telah sepakat membenarkan penjaja berkenaan meneruskan perniagaan mereka namun hanya 10 peniaga sahaja yang diluluskan permohonan dan mengikut SOP yang telah ditetapkan berikutan kawasan sekitar yang sesak dan MPHTJ akan memberikan lesen perniagaan kepada mereka,” katanya ketika membuat tinjauan di Pasar Wilayah Bukit Beruang, di sini semalam.

Perbincangan YDP MPHTJ bersama agensi yang terlibat.

Perbincangan YDP MPHTJ bersama agensi yang terlibat.

Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh Mohd Arif Yusa, berkata pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) turut menerima rungutan daripada segelintir penjaja ini yang membandingkan status perniagaan yang dijalankan kerana terdapat penjaja di kawasan lain dibenarkan menjalankan aktiviti seperti biasa namun berbeza dengan mereka.

“Keputusan dan kelulusan yang diberikan oleh MKN Negeri serta MPHTJ dalam membantu penjaja-penjaja berkenaan harus dipuji kerana bersama membantu menyelesaikan isu penjaja ini dengan baik,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda