Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Penduduk Jalan Tengah Zahirkan Semangat Patriotik

By 27 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/ Muhd Alif Abd. Hamid (Daerah Barat Daya)

BAYAN BARU, 27 Jul (Malaysiaaktif)– Penduduk Flat Jalan Tengah mula memasang Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan dan kemerdekaan negara di perkarangan Pejabat Persatuan Penduduk Flat Jalan Tengah, di sini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Thomas Devass, berkata amalan mengibar Jalur Gemilang seharusnya sudah dibudayakan dalam kehidupan seharian masyarakat sebagai tanda rasa cinta kepada Malaysia.

“Penduduk Flat Jalan Tengah antara yang terawal menyahut seruan kerajaan dan menzahirkan semangat kemerdekaan dengan memasang jalur gemilang di perkarangan Pejabat Persatuan Penduduk Flat Jalan Tengah.

Konvoi Kemerdekaan Program IOW Merdeka anjuran Pejabat Penerangan Daerah Darat Daya.

Konvoi Kemerdekaan Program IOW Merdeka anjuran Pejabat Penerangan Daerah Darat Daya.

“Saya berharap semua orang mempunyai semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran terus kekal, tanpa mengira perbezaan agama, budaya dan bangsa,” katanya dalam Program Info on Wheels (IoW) Merdeka Pejabat Penerangan Daerah Darat Daya, di sini.

Sementara itu, Pegawai Penerangan daerah barat Daya Marshita Othman, berkata Program IoW Merdeka adalah program Jabatan yang diadakan setiap tahun untuk menggelorakan jiwa masyakarat agar sentiasa mengibarkan jalur gemilang sempena menyambut bulan kebangsaan pada tahun ini.

“Ini adalah permulaan pertama, dalam Program IOW menguar-uarkan program Merdeka untuk menggelorakan Sambutan Bulan Kebangsaan.

Perasmian Program oleh Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya Mashita Othman.

Perasmian Program oleh Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya Mashita Othman.

“Kami menyeru semua lapisan masyakarat tidak kira tua ataupun muda mengibarkan Jalur Gemilang agar bendera kita berkibar megah sebagai tanda cinta kita pada negara,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda